...

Sunday, November 15, 2009

Dua Ribu Dua Belas

Well, baru lepas tengok 2012 last 2 days, mak oii ramai gile orang, sibbaek dapat seats yang agak okey walaupun agak depan. Malas nak mengomen pasal movie tu, semuanya okey especially kegempakan CGI dan cultural/historical ironic referral dalam movie tu. Cuma yang mencacatkan keseronokan aku tengok movie tu ialah satu group beruk-beruk di row belakang sangat bising dan tak reti duduk diam menendang-nendang kerusi. Nak je aku tendang balik kepala sekor-sekor. Ouh dan juga kerana this one Indian guy yang maha busuk bau cam haram yang duduk sebelah kitorang, dah lah kejap keluar, kejap masuk, bising plak tu.. Orang-orang camni la menyebabkan aku malas ke cinema dah... donlod or carik pirate DVD je lagi best, leh tengok di rumah dengan selesa.

Anyway, bukan nak rant pasal manusia-manusia bodoh di panggung wayang, mahu pun movie 2012 tu. Tapi nak share sket satu email forwarded by Ross yang agak menakutkan sket. So, aku tak nak takut sorang-sorang, maka aku bagi korang takut gak bleh? Sila baca email berikut..


RENUNGKANLAH BERSAMA-SAMA

Cuba kira... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja. (yang NASA dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu? Allah sahaja Maha Mengetahui.. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calendar Islam 2012..

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal...." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012


"di tahun terjadi banyaknya gempa" errr.. taun ni je baper banyak gempa dah pliss! Aku sendiri tak tau sejauh mana kebenarannya semua ni. Well, kaum Maya dah predict lama dah kan? Dan sape yang dah tengok 2012 tu sure akan setuju dengan kelogikan movie tu dari segi scientificnya. Well aku rasa percaya tu boleh, cuma kena tetapkan iman la. Kiamat tu rahsia Allah, tak de sapa tau, ntah-ntah takyah tunggu 2012 pun, esok lusa jadi, sape tau kan?

Cuma sebagai seorang Islam, kita wajib percaya bahawa Hari Kiamat itu benar, tiupan Sangkakala itu benar, mati dan dihidupkan semula berkumpul di padang Mahsyar itu benar, timbangan hisab itu benar, meniti Siratul Mustaqim itu benar, balasan Syurga dan Neraka itu benar. Bila semua tu akan berlaku? Wallahu 'Alam..

Saturday, October 31, 2009

Confirmed!

Got the confirmation letter yesterday with few increments and additional allowances hehe.. Me not complaining, just Alhamdulillah. Ouh baru terperasan my first post in October is on the last day of the month hehe..

Monday, September 28, 2009

Terima Kasih Tuhan!

Thank you so much guys for the wishes, sms, calls, on Facebooks and so on. Really.. really.. really appreciate it!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih dibenarkan untuk bernafas menghirup udara-Nya, masih mampu bangun dan berjalan bebas di bumi-Nya, masih dapat mendengar, melihat dan bertutur dengan baik, dan masih dilimpahi rahmat, inayah dan kasih sayang-Nya. Syukur sangat-sangat masih bernyawa sampai umur mencecah ke angka ini.

Terima Kasih Tuhan.. Terima Kasih Tuhan.. Terima Kasih Tuhan..


p/s: Happy Birthday shouts to all Librans and September babies especially those who share this great date to be born on hehe... Izan, Chimoi, FZ, Nithiyaa, Kyms, Shasha SRC, Avi, Riadh, Hilal, Nick, Syazwan, Jeneane Garofalo, Bam Margera, Mira Sorvino, Naomi Watts, Hillary Duff and the great Mika Hakkinen! :p

Thursday, September 17, 2009

Syawal 1430 Hijrah

Walaupun Hari Raya Aidilfitri lagi 3 hari, tapi ni ler saat-saat akhir aku nak online kat office nih sebelum cabut balik pasnih!

Maka dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca, mintak mahap bebanyak atas segala salah silap yang sengaja dan tak sengaja. Mintak halal makan dan minum dan kalau nak halalkan hutang pun boleh gak hehe..

Orait, semua yang balik kampung tu, drive leklok, ingatlah orang tersayang hehe.. Okey lah, jumpa lepas raya!!

Monday, September 14, 2009

Ramadhan Kali Ini

Salam... (chewahh sebelum ni tak gheti-gheti bagi salam.. mentang-mentang post bulan pose!)

Ramadhan dah nak abis dah pun.. aku baru nak buat first entry dalam bulan ni dan jugak September. Selalunya aku akan a bit excited bila masuknya September sebab ni special month for me, dan jugak akan extra excited bila masuknya Ramadhan. Tapi kali ni ntah lah, rasa cam tahap kemalasan yang amat-amat tepu kuantiti kemalasannya.

Anyway, September atau lebih tepat lagi Ramadhan kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang lepas. Aku kini sudah bekerja di Seremban, a town that is not really "new" for me. Tapi setelah bertahun berkelana di bumi orang, terasa banyak pulak benda baru kat sini yang selama ini aku tak perasan, or maybe I was just being ignorant.

Kerja kat company baru ni rasa lain sket. Aura dia cam agak calm dan relax though kerja aku agak menimbun, almost tiap-tiap hari akan OT, sibbaek leh claim hehe! Working ethics kat sini agak hype sket, semuanya nak cepat, nak cantik dan paling tak larat nak murah. Mintak design pukul 10 pagi, pukul 2 petang nak dah siap semua siap dengan printing. Apa ko ingat otak aku ni machine? Teringat plak iklan KitKat baru tu.. "working like a machine?"

Masuk Ramadhan ni, takde apa yang berbeza pun, cuma balik awal sket dari biasa sebab nak kejar waktu berbuka selain mengejar taknak bersesak dalam traffic. Dulu kat Cyberjaya tak pernah plak aku berperang dengan traffic jam, ni kat sini kalau nasib tak baik, berbakul la sumpahan yang akan diterima oleh driver-driver bodoh tu.. eh tapi bulan puasa ni mulut aku pun puasa gak, kurang la sket isipadu bakul-bakul sumpahan itu.

Social life aku hampir ke tahap zero pada masa-masa tertentu. Lama dah tak berkunjung ke panggung wayang, karaoke pun dah lama rindu kat aku hehe.. Bukannya taknak, tapi maybe masa dan tenaga tak mengizinkan. Biasanya sampai rumah setelah seharian kerja cam lembu, dan setelah lethargically fighting the traffic, aku akan terus tersembam atas katil. Weekends pulak ialah masa untuk membalas dendam tidur.

Tapi nasib baik lah Syah transfer ke sini dari Gombak, dan Khuzairi kini dah kembali mengajar di sini dari Kota Tinggi. At least ada gak member-member lama seangkatan yang boleh diajak lepak minum atau sekadar melepaskan tensi. Ouh of course tak lupa jugak ada Amar yang rajin menemani aku di kala waktu kadar coffeeholic ku membuak-buak, thanks sebab selalu teman aku kat kopitiam Senawang itu. All 4 of us should make a "compulsory monthly lepaking session" la kan? Setuju?

Aside dari mereka bertiga, aku memang tak ramai member kat sini. Bukannya tak ada, cuma tak close sangat pun. Bebudak office tu ramai je yang kaki lepak mamak, tapi diorang jenis yang layan bola, aku memang fail bab-bab itu kecuali time World Cup atau Euro sahaja hehe.. Dan sebab paling utama aku malas nak melepak dengan diorang ialah maybe sebab jurang umur yang agak berbeza kot. Lagipun kebanyakkan mereka ialah spesis separa rempit yang topik utama perbualannya ialah race, upgrade motor, handphone baru, dan chatting dengan awek/balak yang baru jumpa dalam MySpace... so last year! hehe.. Satu lagi ialah kerana mindset mereka tidak sama seperti kamu-kamu semua wahai manusia-manusia gila Cyberjaya. Demm.. aku rindu korang!

Maybe korang rasa aku jauh kot, tapi percayalah, Seremban ke KL tu baper kilometer je pun.. Kalau naik public transport pun dalam sejam, so kalau ada apa-apa occasion menariks silalah roger aku di sini kerana sesungguhnya aku agak sangap.

Okeylah, Raya pun dah nak dekat, maka selamat habiskan Ramadhan, dan selamat prepare untuk Raya. Orang kata hujung-hujung bulan puasa ni jangan buat derkk je, cari ler Lailatul Qadar tuh.. chewwahh! Orait, chalos!!

Tuesday, August 18, 2009

Four Funerals And A Wedding

Dah berapa post berturut-turut pasal kematian, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat-Nya.. finally something nice to post.. well sort of..

Aku berjaya mengheret diri ini ke majlis perkahwinan dia Ahad lalu. Sama cantik, sama padan dengan dia. Bagus lah, I am happy for both of them. Walaupun berpuluh-puluh kali aku berbolak-balik sama ada nak pergi atau tak, akhirnya sampai jugak ke rumah itu. Rumah yang banyak kenangan pada aku. Dia nampak segak cantik bergaya dengan songket merah itu. Sempat juga aku jumpa ibu dan adik-adiknya, kalau ayahnya masih ada, pasti dia juga akan gembira melihat anak sulung di hari perkahwinannya.

Thanks Khuzairi sebab temankan aku dan melayan keluh kesah sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Rembau. Thanks jugak sebab sudi untuk drive ke sana sebab aku yakin aku tak mampu untuk drive sorang-sorang.

Untuk dia, congrats! Aku doakan dia bahagia dengan pasangan pilihan hati, semoga kekal berbahagia ke akhir hayat. Walaupun jumpa sekejap, dapat jugak sembang-sembang kosong yang agak awkward. Aku malas nak duduk lama-lama sebab dia pun sibuk nak melayan tetamu-tetamu lain, so pandai-pandai la cabut awal. Harapnya dia faham.

"Kita still kawan sampai bila-bila tau" kata dia sebelum aku pulang... sigh!

Sunday, August 16, 2009

Semoga Dicucuri Rahmat-Nya

Al-Fatihah buat Mohd Azyzeer Rahiim @ Jijie. (MMU MI Batch 2001-2005) yang telah pergi menghadap Illahi pagi Khamis lepas kerana hemorrhage tumor dan stroke. Thanks to Nad yang bagitau.. tak sempat pun ziarah jenazah since aku dah jauh di sini.

dan juga Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani.
Yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Semoga kalian tenang di sana. Salam takziah.

Al-Fatihah.

Saturday, August 01, 2009

Pengumuman

Ni berita yang baru diterima, dan telah disahihkan oleh pihak-pihak yang dipercayai kebenarannya. Aku nak bagitau especially kepada semua warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang khususnya budak-budak batch aku, bahawasanya bekas pengetua kita iaitu Ustaz Marzuki Abdul Hamid (pengetua Jan - Dec 1997) telah kembali ke rahmatullah lebih kurang 2 minggu lepas. Menurut berita yang disampaikan pada aku, beliau meninggal dunia setelah lama sakit gout dan beberapa sakit lain lagi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Sunday, July 26, 2009

Rest In Peace

Yasmin Ahmad
1958 - 2009

May Allah bless your soul.

Al-Fatihah.

Monday, July 20, 2009

It Ends Tonight

It's officially came to an end. Maybe it wasn't meant to be kot? Takpe lah..








Untuk dia, terima kasih yang tak terhingga atas semuanya. I really had great times with you. Sorry atas semua salah silap, halalkan makan minum. I wish you all the best!